Syurga.

*Santapan Minda*🌷🌿

Jangan kita menyangka syurga itu dipenuhi oleh org2 suci bak malaikat di dunia. Sebaliknya, syurga itu dipenuhi oleh bekas2 pendosa yg bertaubat. Manakala neraka pula di penuhi oleh org2 alim yg munafik.

Di akhirat kelak ada AHLI MAKSIAT yg masuk SYURGA kerana TAUBATNYA yg benar dan ikhlas…
Ada AHLI IBADAH yg di campakkan ke NERAKA kerana amalnya yg penuh dgn RIAK dan TAKABUR.

*”Semoga amalan kita tidak menjadi buih buih di lautan..*
*Banyak tapi tidak boleh dijadikan sabun untuk mencuci*”

πŸ˜ŒπŸŒ·πŸƒπŸŒΉπŸŒ΄πŸ’β˜˜

Luka.

β›³πŸΉβ›³πŸΉβ›³πŸΉβ›³πŸΉ

Jangan melukai hati orang lain kerana kataΒ² maaf tak dapat menyembuhkan luka. Ia hanya ibarat pembalut, walaupun ia menutup luka tapi sakitnya masih terasa.

πŸ’œπŸŒ€πŸ’œπŸŒ€πŸ’œπŸŒ€πŸ’œπŸŒ€

Seronok.

Keseronokan dunia ini sangat sedikit dan sangat singkat. Tapi ramai orang tergoda untuk mengejarnya kerana ia nampak di depan mata.

Sedangkan kelazatan akhirat nanti sangat besar dan abadi. Tapi banyak orang melupakannya kerana ia tersembunyi dan tidak dapat dilihat.

#SalamFarduIsyak
– Hikmah
@islamitu_indah

Amaran.

Amaran Allah lagi…..

Meremang bulu roma dan tanpa disedari air mata menitis apabila terlihat cebisan al quran memaparkan surah al Lukman yang juga masih basah akibat tsunami di kampung pelabuhan nelayan di Donggala Sulawesi Tengah.

Ia adalah sebuah pantai nelayan dan pelabuhan nelayan di Donggala yang terkesan teruk akibat gempa dan tsunami 7.7 SR

Kedudukan cebisan helaian al quran di atas sejadah basah yang mengadap kiblat, masih tidak beralih dari tempatnya apabila saya temui….. Subhanallah

Sebelum mendekati cebisan basah tersebut saya sudah agak ada sesuatu yang hendak disampaikan menerusi ayat suci tersebut……sebagaimana penemuan saya di pantai Mamboro Palu.

Saya semankin mendekati dan mencapainya dengan lembut takut ia akan terkoyak…..

Saya lantas meminta Muhammad Farhan mengenalpasti surah apa dan nombor ayatnya.

Ia adalah surah Lukman ayat dari 24-32

Mari kita perhatikan dan renung akan terjemahannya:

31. Tidakkah engkau memerhatikan bahawasanya kapal-kapal belayar di laut dengan nikmat Kurnia Allah, untuk diperlihatkan kepada kamu sebahagian dari tanda-tanda kemurahanNya? Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan dan bukti (untuk berfikir) bagi tiap-tiap (mukmin) yang tetap teguh pendiriannya, lagi sentiasa bersyukur

32. Dan (orang-orang yang tidak bersifat demikian) apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.

Adakah ini suatu kebetulan lagi…… saya yakin memang Allah hendak memberi Amaran kepada kita…… dan ia adalah pesanan kepada kita yang masih BERNYAWA…….. kerana Allah sayangkan hambaNya……

Kongsilah sebanyaknya, moga bermanfaat…..dan ambil ibrohnya

Hati.

Sekeping HATI

Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata ‘uhh’ pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga. Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya. Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

#CATATANMENJELANGKEMATIAN